Total Pageviews

Saturday, March 12, 2011

panduan menangani panas ketika hamil........

Salam semua..

Harini saya ingin kongsikanan satu topik khas untuk ibu-ibu yang sedang sarat mengandung. Seperti yang sedia maklum kebanyakan keluhan yang sering didengar oleh ibu-ibu yang hamil adalah kepanasan dalam tubuh badan mereka. Tahukah kawan-kawan keadaan sebegini akan menyebabkan mereka tidak selesa untuk tidur, tidak seronok melakukan aktiviti santai dan sebagainya. Malah bukan itu sahaja ia juga turut mempengaruhi emosi si ibu tersebut huhu…

Berikut diberikan beberapa panduan untuk menangani panas ketika kehamilan.

1) Anda digalakkan minum minuman air suam dengan sekerap yang mungkin bagi menggantikan peluh yang telah keluar dari badan anda akibat dari kekerapan membuang air kecil saat-saat kehamilan mula berlaku.

2) Disarankan agar mengambil makanan yang mengandungi cairan seperti bubur, just buah-buahan yogurt dan sebagainya.

3) Memakai pakaian yang selesa tidak terlalu ketat atau longgar. Sebaiknya memakai pakaian yang dihasilkan daripada kapas agar ia mudah menyerap peluh di tubuh anda.

 
4) Disarankan agar memakai tapak kasut yang rata, sisi ruang atas dan hadapannya terbuka. Ini memudahkan kulit kaki anda bernafas dengan baik disamping dapat menampung kaki anda yang mula membengkak.
 
5) Basahkan wajah anda dengan tuala basah bagi menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas.
 
6) Pada waktu siang mandi dengan sekerap yang mungkin. Manakala pada waktu belah petang atau malam pula Suri sarankan agar anda mandi dengan air panas suam-suam kuku kerana ia berupaya untuk anda tidur dengan lebih nyenyak.
 
Moga sedikit pengetahuan ini berupaya membantu menyelesaikan masalah anda semua 


kredit to bdsmkl@googlegroups.com

Saturday, January 29, 2011

panduan ibu mengandung



Salam semua.. 
Harini saya ingin kongsikanan satu topik khas untuk ibu-ibu yang sedang
sarat mengandung. Seperti yang sedia maklum kebanyakan keluhan yang sering
didengar oleh ibu-ibu yang hamil adalah kepanasan dalam tubuh badan mereka.
Tahukah kawan-kawan keadaan sebegini akan menyebabkan mereka tidak selesa
untuk tidur, tidak seronok melakukan aktiviti santai dan sebagainya. Malah
bukan itu sahaja ia juga turut mempengaruhi emosi si ibu tersebut huhu… 
Berikut diberikan beberapa panduan untuk menangani panas ketika kehamilan. 
1) Anda digalakkan minum minuman air suam dengan sekerap yang mungkin bagi
menggantikan peluh yang telah keluar dari badan anda akibat dari kekerapan
membuang air kecil saat-saat kehamilan mula berlaku. 
2) Disarankan agar mengambil makanan yang mengandungi cairan seperti bubur,
just buah-buahan yogurt dan sebagainya. 
3) Memakai pakaian yang selesa tidak terlalu ketat atau longgar. Sebaiknya
memakai pakaian yang dihasilkan daripada kapas agar ia mudah menyerap peluh
di tubuh anda. 
4) Disarankan agar memakai tapak kasut yang rata, sisi ruang atas dan
hadapannya terbuka. Ini memudahkan kulit kaki anda bernafas dengan baik
disamping dapat menampung kaki anda yang mula membengkak. 
5) Basahkan wajah anda dengan tuala basah bagi menyejukkan tubuh yang
berpeluh dan panas. 
6) Pada waktu siang mandi dengan sekerap yang mungkin. Manakala pada waktu
belah petang atau malam pula Suri sarankan agar anda mandi dengan air panas
suam-suam kuku kerana ia berupaya untuk anda tidur dengan lebih nyenyak. 
Moga sedikit pengetahuan ini berupaya membantu menyelesaikan masalah anda
semua [image: ;)] 






Tuesday, January 25, 2011

kenalkah kita dengan anak2 kita.....



Kebanyakan ibu bapa berpendapat bahawa mereka mengenali anak mereka lebih dari orang lain. Malangnya terdapat ibu bapa dan penjaga yang tidak tahu langsung tentang perkembangan dan sikap anak-anak mereka sehingga perkara ini diberitahu kepada mereka oleh orang lain. Walaupun begitu masih ada ibubapa atau penjaga yang masih berpendapat bahawa mereka lah yang paling memahami isi hati dan kelakuan anak-anak mereka kerana ibu bapa atau penjagalah yang yang lebih lama bersama anak-anak mereka semenjak dilahirkan.
 
Mengenali anak semata-mata kerana mereka di bawah pemerhatian anda adalah tidak mencukupi kerana banyak lagi perihal anak yang tidak dapat dihayati setakat memerhatikan mereka semasa mereka berada di rumah.
Ada pula ibu bapa yang mengenali anak mengikut apa yang mereka mahu tentang sifat dan sikap anak tetapi bukan mengikut apakah sebenarnya sifat dan sikap anak.  Ibubapa begini lebih merupakan ibubapa yang mempunyai masalah peribadi sehingga menolak kenyataan sebenar perihal anak.
Bagi kanak-kanak yang sudah ke sekolah, masa mereka banyak dihabiskan di sekolah atau di luar rumah. Dengan itu mereka tidak banyak bersama dengan ibubapa sehingga menyebabkan sukar bagi ibu bapa untuk memahami anak mereka secara terperinci.
Untuk membantu ibubapa dalam hal ini soalan yang disenaraikan di bawah ini boleh digunakan sebagai panduan untuk mengetahui sama ada ibubapa benar-benar tahu dan kenal dengan anak mereka.
Soalannya:
1. Apakah warna kegemaran anak anda?
2. Siapakah kawan baik anak anda?
3. Siapakah ‘wira’ atau ‘hero’ kesayangan anak anda?
4. Apakah yang boleh memalukan anak anda?
5. Apakah yang sangat ditakuti anak anda?
6. Apakah jenis sukan kegemaran anak anda?
7. Apakah musik kegemaran anak anda?
8. Selain dari ahli keluarga anda siapakah yang banyak mempengaruhi anak anda?
9. Apakah matapelajaran di sekolah yang menjadi kegemaran anak anda dan apakah yang paling tidak digemarinya?
10. Apakah kejayaan anak anda yang sangat dibanggakan oleh anak anda?
11. Apakah mengenai diri anak anda yang dia tidak mahu orang lain mengetahuinya?
12. Apakah rancangan TV yang paling anak anda gemari?
13. Apakah yang anak anda suka buat semasa berada di kedai permainan?
14. Sekiranya anak anda dibenarkan mendapat apa yang diingini, apakah yang dia pilih?
15. Apa sebenarnya yang boleh membuat anak anda merasa marah?
16. Adakah anak anda disukai oleh kawan-kawannya di sekolah?
17. Apakah cita-cita anak anda?
18. Apakah yang telah menghampakan diri anak anda dalam tahun ini dan juga tahun lepas?
19. Adakah anak anda fikir dia terlalu tinggi atau terlalu rendah mengikut umurnya?
20. Apakah benda yang boleh anda berikan kepada anak anda yang akan disayanginya dan disimpan sentiasa?
21. Bagaimana cara bercuti yang menjadi pilihan anak anda?
22. Kerja rumah yang bagaimanakah yang tidak disukai langsung oleh anak anda?
23. Apakah buku (selain buku sekolah) terbaru yang dibaca oleh anak anda?
24. Apakah suasana dan peristiwa dalam keluarga yang menjadi kesukaan anak anda?
25. Apakah makanan kegemaran anak anda dan apakah pula yang tidak digemarinya?
26. Apakah nama panggilan atau nama samaran yang diberi oleh kawan-kawan anak anda kepadanya di sekolah?
27. Di antara barang-barang kepunyaan anak anda, apakah yang paling sukainya?
28. Bilakah masa anak-anak anda suka membuat kerja sekolah?
29. Apakah jenis binatang peliharaan yang anak anda ingin miliki?
30. Siapakah guru kesayangan anak anda?

Perhitungan:
Beri satu markah bagi setiap soalan yang boleh anda jawab dengan betul. Semak dengan anak anda bagi memastikan jawapan anda adalah betul. Sekiranya anda memperolehi markah di antara:
 
25 hingga 30 anda adalah ibu bapa yang benar-benar mengetahui jiwa anak anda.
14 hingga 24 anda hanya tahu seperkara dua sahaja tentang anak anda walaupun anda masih boleh memperbaiki pengetahuan anda tentang anak anda.
13 markah kebawah, ini menandakan bahawa anda sudah lama tidak memperdulikan hal di antara satu sama lain.
Tetapi sekiranya anda memperolehi markah rendah dari soalan-soalan di atas dan sekarang sudah merasa bimbang, anda perlu tukarkan perasaan bimbang anda dengan memikirkan cara-cara yang perlu dibuat untuk memperbaiki sistem perhubungan di antara anda dan anak anda.
Extracted from: memahami jiwa kanak2.bmp
Dr Kasmini Kassim (1993),
Memahami Jiwa Kanak-kanak (2).
Kafarina Holding Sdn Bhd, Selangor






Rahsia Syaitan



Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.
1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: ” Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku.” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). “
2. Iblis berkata:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?.” Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.”
3. Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
4. Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ” cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)”
5. Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling.
6. Tanya iblis lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya.”
7. Kata iblis:”Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? .” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)
8. kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?.” Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:”wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. “
9. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?.”Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah.”
10. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah.
-- 






Monday, January 24, 2011

kalau kereta ditarik....ape hak anda????


Pernah kah anda mengalami keadaan dimana, kereta anda ditarik? Bagi mereka yang telah berpengalaman, pasti akan merasa ngeri, ketika kumpulan penarik kereta ini mendekati anda. Sebenarnya anda semua tak perlu takut. Ada pelbagai cara, untuk anda elak dari mereka ini. Oleh itu, anda semua perlu tahu hak, dan cara anda keluar dari belenggu penarik kereta ini.

Sedia maklum bahawa, ada diantara kita ini yang "sakit" untuk beberapa bulan. Bagi mereka yang punyai tanggunggan yang ramai, pasti akan pening kepala untuk membayar belanja bulanan. Mana lebih dahulu untuk dibayar? bil telefon, atau yuran belajar anak? duit kereta atau susu anak?

Bagi mengurangkan beban, saya faham keadaan bahawa, kadang tu, poket kita kering untuk 2/3 bulan. Masa tu la, kita tangguh untuk bayar ansuran kereta. Ada beberapa keadaan yang anda perlu "alert"
1. Bank hanya akan mengambil tindakan setelah anda tidak membayar ansuran kereta selama 2 bulan 20 hari.
- Jadi, setiap 2 bulan, pastikan bayaran ansuran dibayar. Repossession Order (RO), tidak boleh dikeluarkan jika ada bayaran, dalam jangka waktu tersebut.

2. Jika anda tidak bayar?
- Ikhtiar la macamana pun untuk bayar sedikit. Paling kurang, berbincang dengan pegawai bank, dan bagitau keadaan sebenar.

3. Jika tak bayar juga?
- Ada kumpulan penarik kereta (mereka ini terdiri dari kumpulan yang "kata" nya berpegang pada prinsip "amal maaruf"). Mereka ini bergerak secara kumpulan, dan akan menjalan aktiviti "menembak" nombor kereta di sekitar pejabat, taman perumahan dan dimana sahaja, yang mereka rasa sesuai. Kumpulan ini mempunyai komputer riba untuk memeriksa nombor plat kereta anda. Jika nombor kereta anda "dispot" mereka akan call bank dan meminta RO. OK...Apakah hak anda disini?

----> PERTAMA SEKALI..MINTA KAD KUASA DARI MEREKA (KAD INI DIKELUARKAN OLEH BANK DAN PERIKSA K/P MEREKA INI). 
Pastikan ianya sama dan telefon bank untuk kepastian. ..kebiasaanya, mereka ini menggunakan 1 kad kuasa untuk 50 penarik kereta...kalau tak sama, call bank dan polis dan terangkan keadaan sebenar.

----> KALAU KAD KUASA DAN KP SAMA?
--telefon kawan, dan minta dia buat bayaran di mana2 cash deposit machine SECEPAT MUNGKIN..Sebabnya? mereka ini akan menghubungi bank dan meminta bank untuk berhentikan bayaran ansuran anda.. OLEH ITU, BAYAR SECEPAT MUNGKIN JIKA PENARIK KERETA INI MENDEKATI ANDA.

-----> KALAU ANDA MEMANG TAK MAMPU BAYAR?
--bawa mereka sekali ke balai polis berdekatan, dan buat lapuran. periksa kereta anda, dan kalau boleh, ambil gambar keseluruhan kereta itu. kebiasaanya, penarik kereta ini akan menukar sebarang peralatan yang difikirkan bagus oleh mereka.

KESIMPULAN.
KALAU TERJADI KEADAAN DIATAS, JANGAN PANIK DAN KELIRU. Penarik kereta ini, tak punya hak untuk mengugut anda. Ambil langkah yang saya terang diatas, dan InsyaAllah, sebarang perkara yang tak elok, boleh dielakkan..





Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan
seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut
menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana
Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;
"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI
APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK
BERMINAT ATAUTIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH
INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

“Aida & Ina, Tolonglah maafkan aku.”

Pada 14 tahun yang lalu, saya adalah penuntut IPTA di selatan tanah air.

Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah.

Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan.

Saya ada tujuh orang kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri dari saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan.

Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi ke kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah.

Akhirnya saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi.

Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain bersubahat mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka.

Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita pada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar.

Kesannya kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.



Selepas tamat pengajian dengan pengaruh dan dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan.

Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.

Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah.

Anak saya tinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah telah tunjukkan pada saya satu ketentuan.

Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya.

Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya kepada saya,

“Adakah suatu ketika dulu awak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. ” Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan awak dahulu. Sebab itulah awak dikurniakan anak-anak yang cacat. “

Tetapi awak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang awak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan awak melakukan kesilapan atau tidak.

Awak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan awak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan awak,” katanya.

“Ya Allah, inikah balasan Mu terhadapku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu.” Hati saya menjerit meronta.

Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu.

Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu.

Tolonglah maaf kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan atau pemulauan daripada masyarakat sekeliling.

“INA, AIDA, MAAFKAN NATRAH (NED) YA.”

NATRAH BT. NAJMAN (NED)
Menara Jati, Kuala Lumpur
Sumber : Mingguan Malaysia (Ahad) 13 Disember 2009

P/S : Jadi, sama-sama lah kita beringat ya! JANGAN SEKALI-KALI MENGANIAYA atau MENJATUHKAN MARUAH ORANG LAIN. Nanti buruk padahnya!

Sunday, January 23, 2011

khatan yang menyucikan

'Tok Mudim, buat ape tu?' Itulah dialog dalam iklan sebuah stesen televisyen tempatan. Peranan tok mudim dalam tradisi masyarakat Melayu memang tidak boleh dinafikan. Walau pun sudah ada doktor dan kemudahan perubatan serba canggih, istilah tok mudim tetap dikenali dan kadang-kadang menjadi bahan jenaka mencuit hati. Kalau doktor terlibat dalam bermacam bentuk khidmat kesihatan, tok mudim hanya menawarkan satu khidmat sahaja, iaitu berkhatan atau bersunat.


Berkhatan adalah identiti muslim. Jika mayat pemuda Islam dan bukan Islam bercampur dan bergelimpangan, identiti khatanlah yang dapat membezakannya. Yang berkhatan ditanam di pusara muslimin sementara yang tidak berkhatan di serahkan ke kuburan bukan Islam. Khatan atau khitan dalam bahasa Arab bermaksud memotong 'qulfah' iaitu kulit yang menutup kepala zakar.
Hukum Khatan
Ada di kalangan ulama' iaitu termasuk Imam Abu Hanifah, Hasan Al-Basri dan sebahagian ulamak mazhab Hambali mengatakan hukumnya sunat sahaja. Namun, kebanyakan ulama termasuk Amir al-Sya'bi, Rabi'ah, al-Auza'i, Yahya bin Said al-Ansari, Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad berpegang bahawa hukum berkhatan adalah wajib. Menurut Imam Malik, orang lelaki yang belum berkhatan tidak boleh menjadi imam sembahyang dan tidak layak menjadi saksi.
Hujah para ulama ini berasaskan beberapa dalil iaitu antaranya hadis Imam Ahmad dari 'Utsaim bin Kulaib, bahawa seorang sahabat datang kepada Nabi SAW dan berkata, 'Saya telah memeluk Islam'. Baginda menjawab: 'Bersihkan dirimu dari rambut kekufuran dan berkhatanlah'.
Harb meriwayatkan daripada Al-Zuhri, katanya, Rasulullah saw telah bersabda; 'Barangsiapa yang memeluk Islam hendaklah berkhatan walau pun dia telah tua'.
Si Kulup
Malah Baginda Rasulullah SAW menyebut sacara khusus tentang kedudukan orang lelaki yang tidak berkhatan atau dalam istilah Baginda SAW 'al-aqlaf' yang boleh diterjemahkan dengan lidah Melayu sebagai si kulup. Rasulullah SAW menyebut si kulup tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa bersunat (riwayat al-Baihaqi). Waqi' pula meriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya: 'Si kulup tidak diterima solatnya dan tidak boleh dimakan sembelihannya'.
Para ulama menyentuh secara jelas tentang masalah yang timbul bagi si kulup. Kewujudan lapisan kulit dikeliling kemaluan boleh menjejaskan kesucian diri. Bila si kulup kencing, air kencing mungkin melekat dan bertakung di kawasan berkenaan. Membersihnya adalah sukar, hujah para ulama'. Sedangkan solat itu hanya sah jika dia benar-benar suci dan bersih. Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa inilah sebabnya para ulama salaf dan khalaf melarang si kulup menjadi imam. Adapun, solat mereka sendiri boleh diterima sebagai status seorang yang tidak suci kerana uzur, sebagaimana solat orang mengidap penyakit tidak mampu mengawal kencing.
Tarbiyah dalam hukum khatan
Pada khatan itu ada tarbiyah. Muslimin sejak dari kecil diajar untuk menjadi bersih dan menjaga kesucian. Sejarah khatan bermula sejak Nabi Ibrahim. Baginda yang berkhatan pada umur lapan puluh tahun, adalah orang yang paling awal berkhatan. Para anbiya' dan keturunan Baginda selepas itu meneruskan tradisi berkhatan. Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Abu Ayyub, katanya Rasulullah SAW bersabda: Empat perkara dari sunnah para Rasul iaitu: khatan, berwangi-wangian, bersiwak, dan nikah.
Sunnah Nabi Ibrahim berterusan hingga keturunannya termasuklah dari bangsa Arab. Oleh itu kebanyakan masyarakat Arab berkhatan sejak kecil. Apabila Islam datang, mereka memeluk Islam yang sememangnya mewajibkan mereka bersunat. Oleh itu kita tidak berjumpa kisah sahabat berkhatan beramai-ramai apabila memeluk Islam dalam Sirah Rasulullah SAW. Selepas dari itu khatan bukan sahaja menjadi adat bangsa Arab, bahkan menjadi sebahagian syariat yang perlu dipatuhi.
Khatan juga mengajar erti kepatuhan Yang Maha Kuasa. Walau pun khatan itu mungkin sedikit menyakitkan bagi anak-anak, namun disitu letaknya simbol ketaatan. Mesejnya mudah. Taat kepada Allah walaupun terpaksa sakit. Walau pun terpaksa 'mengorbankan' dan 'berpisah' dengan secebis kulit pada badan sendiri.
Aspek paling ketara ialah kesucian dan kebersihan. Allah mensyariatkah khatan bagi mendidik hambaNya agar menjaga kebersihan. Rangkuman hukum kewajipan solat, hukum bersuci, hukum istinja' dan hukum khatan ini menjadikan kaum muslim sepatutnya umat yang paling pembersih, paling wangi, paling sihat dan paling segar. Inilah pembeda besar antara seorang muslim dan bukan muslim. Inilah juga syiar yang menunjukkan kehebatan Islam.
Khatan yang menyihatkan
Kebersihan membawa kepada kesihatan. Beberapa kajian telah dibuat bagi menunjukkan kelebihan berkhatan. Dr. Sobri Al-Qubbani dalam bukunya bertajuk 'Kehidupan dan Seksologi" menyebut bahawa khatan mendatangkan manfaat-manfaat berikut dari sudut kesihatan:
• Pembuangan kulit berkenaan membebaskan seseorang daripada risiko penyakit kulit yang berpunca dari peluh, daki, kumpulan lemak serta kuman yang terkumpul di situ sekaligus menimbulkan bau yang busuk dan terdedah kepada jangkitan.
• Dapat mengelakkan risiko termasuk atau tersendat kepala zakar ketika berlunjur.
• Mengurangkan risiko kanser prostat
• Anak-anak yang berkhatan awal kurang risiko sindrom terkencing malam.
Khatan ini menjadi wajib apabila anak tersebut hampir aqil baligh, agar bila tiba umur mukallaf, dia dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna dan diterima Allah. Namun, lebih afdal, jika khatan itu dilakukan sewaktu anak masih kecil sama ada pada hari ke tujuh, empat belas, dua puluh satu atau seumpamanya.
Kini terdapat banyak klinik dan pusat rawatan yang menyediakan khidmat berkhatan bagi bayi sekitar umur berkenaan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang canggih. Walau pun khatan waktu bayi belum menjadi budaya popular di Malaysia, diharap suatu hari nanti ramai yang memilih cara ini sesuai dengan amalan baginda Rasulullah SAW. Dalam hadis riwayat al-Baihaqi, daripada Jabir r.a, bahawa Rasulullah SAW telah mengaqiqahkan untuk Al-Hasan dan Al-Husain, serta mengkhatankannya pada hari ketujuh.

DOA


*Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya jauh* 
*lebih besar daripada nikmat yang kita minta. Ketika kita* 
*meminta rezeki, Allah berikan dengan limpahan rezeki. Dan* 
* bila kita mohon kebaikan Allah berikan lebih banyak dari * 
*yang dipinta. Cuma kerana kita tidak menyedari dan * 
*menutup mata hati yang menyebabkan tidak menyedari* 
*betapa besar kurniaanNya.* 
* 
Doa-doa yang diminta mempunyai tiga tingkat.* 
* * 
*Pertama- Doa meminta dunia, adalah doa yang terendah.* 
*seperti meminta kekayaan harta benda, pangkat yang* 
*tinggi, berjaya dalam bissness atau kerjaya, minta jodoh.* 
*Ianya tidak salah, bahkan dianjurkan dan dapat pahala.* 
* 
* 
*Kedua- adalah meminta pahala, yang mana kita meminta* 
*agar Allah SWT membalas semua kebaikan yang telah* 
*kita lakukan dengan balasan yang berlipat ganda. Dan* 
*meminta dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari* 
*neraka. Doa seperti ini adalah doa untuk kebaikan akhirat.* 
*Nilainya lebih tinggi dari sekadar meminta dunia.* 
* 
* 
*Ketiga- tingkat tertinggi dari doa adalah memohon rahmat* 
*dan redha Allah. Inilah cita-cita yang perlu ada pada orang* 
*Islam sebagaimana ungkapan Imam Ibnu Athaillah iaitu,* 
* "Sebaik-baik doa yang perlu dipanjatkan kepada Allah,* 
*adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu."* 
* 
* 
*Mohonlah doa dikuatkan iman, diberi ketaatan pada semua* 
*perintah dan larangan, serta istiqamah dalam pengabdian.* 
*Memohon redha Allah dan syurga juga berlindung kepada* 
*Allah dari murkaNya dan api neraka. Ketika meminta redha* 
*dari Allah, inilah yang paling bernilai kerana tiada gunanya* 
*harta, pangkat, ketampanan, kecantikan, atau apapun bila* 
*Allah tidak redha. Mohonlah agar menjadi seorang yang * 
*bersyukur, sabar, tawakal dan yang memberi kabaikan.* 
*Semuga Allah mempermudahkan jalanan hidup kita semua.* 

Bagaimana Bertawakkal Dalam Ibadah?

Bila kita sebut mengenai tawakal, pasti kita akan terbayangkan musibah dan
ujian. Begitu juga tawakal dalam urusan keduniaan seperti mencari rezeki,
menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Saya juga berfikiran sebegitu sebelum
ini sehinggalah saya membaca satu tulisan Ibn Taimiyah rahimahullah 
Dalam Majmu' al-Fataawa yang menyebut bahawa mereka yang menyangka bahawa
tawakal itu hanyalah untuk menuntut bahagian keduniaan adalah satu sangkaan
yang salah! 
Bahkan tawakal dalam urusan ibadah adalah lebih utama [Lihat : Majmu'
al-Fataawa, jilid 5, bahagian 10, hlmn. 16]. Lepas membaca tulisan beliau,
saya terfikir-fikir bagaimana nak memahamkan apa yang dimaksudkan dengan
tawakal dalam urusan ibadah. 
Alhamdulillah, dengan petunjuk dari Allah, akhirnya saya memahami maksud
statement tersebut apabila membaca apa yang ditulis oleh Ibn Rajab
rahimahullah dalam Jami' al-'Ulum wa al-Hikam mengenai tawakal. 
Apabila kita melakukan satu ketaatan kepada Allah, tidak kiralah samada
solat, puasa, zikir, membaca al-Quran, haji, umrah dan sebagainya, kita
sering mengharapkan pahala daripada Allah atas amalan kita.  Kita
bertungkus-lumus melakukan ketaatan kerana inginkan syurga. Tetapi
kadang-kadang kita terlupa untuk bertawakal kepada Allah; iaitu kita lupa
untuk menyerahkan urusan ibadah kita kepada Allah. 
Kita merasakan bahawa ibadah kita semata-mata mampu membawa kita ke syurga,
sedangkan kita tidak sedar bahawa melaksanakan ibadah itu adalah satu sebab
untuk kita masuk ke syurga dan selamat dari api neraka. Tetapi Allah jualah
penentu segalanya! 
Tetapi ini tidaklah pula bermakna kita bersahaja dalam melakukan ibadah dan
mengharapkan rahmat Allah semata-mata. Ambillah sebab (ibadah) dan
bersungguh-sungguhlah kerana ia merupakan satu kewajipan yang diperintahkah
oleh Allah. 
Disebut dalam satu hadis : 
*'Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa berusaha (supaya menjadi
seorang yang taat dan patuh) dan beramal untuk apa yang akan berlaku selepas
mati manakala orang yang malas (berusaha) pula ialah orang yang mengikut
hawa nafsunya dan berharap agar Allah akan mengampunkannya"* 
[Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Majah, al-Baihaqi, al-Tabarani dan
al-Hakim] 
Al-Tirmizi berkata hadis ini hasan. Al-Hakim : Hadis ini sahih atas syarat
al-Bukhari tetapi al-Zahabi mengatakan bahawa hadis ini bukan atas syarat
al-Bukhari, dan Abu Bakar (salah seorang perawi hadis) adalah waahiin] 
Sama juga apabila kita sakit. Kita berusaha mencari ubat untuk mengubati
sakit kita, sedangkan ubat hanya sebab. Allah jualah penyembuh setiap sakit. 
Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Hud ayat 123 yang bermaksud : 
*"Oleh itu, sembahlah Dia serta berserahlah kepadaNya."* 
Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam juga ada bersabda : ' 
*Sesungguhnya amalan seseorang itu tidak akan dapat menyelamatkannya',
mereka (para sahabat) berkata : Walaupun tuan wahai Rasulullah? Baginda
shallallahu 'alayhi wa sallam menjawab : 'Walaupun aku, kecuali mereka yang
mendapat rahmat dari Allah...'* 
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari (6098) dan Muslim 2816)]. 
Laksanakanlah ibadah dengan bersungguh-sungguh dan bertawakallah kepada
Allah sepenuh jiwa. Semoga Allah mengurniakan Syurga buat kita semua.

Saturday, January 22, 2011

CERPEN: Liza

Segalanya bermula disini

       Pagi ini cuaca amat baik tetapi tak sebaik jiwa ku ini. Kenangan itu masih menghantui ku. 2 tahun lepas ketika aku ditahun kedua di salah sebuah universiti yang tersohor. Pagi itu, aku dikejutkan dengan satu mesej. "Bang, adik accident". Aku hairan. padahal aku adalah anak bongsu dalam keluarga ku. Pabila aku melihat nombor yang tertera, hanya terpapar 017-xxxxxxxxx. Memang bukan dari orang-orang yang ku kenali.

      Oleh kerana perasaan ingin tahu membuak-buak. Aku terus mendail nombor tersebut. Selepas dua kali aku mencuba akhirnya panggilan aku dijawab. "Assalamualaikum", aku mulakan bicara. "Wa'alaikumusalam, sekejap ye bang", jawab pemilik nombor tersebut dalam keadaan kelam kabut. 'perempuan' getus hati ku. Selepas beberapa saat berlalu wanita tersebut berkata "Bang, adik accident teruk. Kaki dia patah. Mak sedang tenangkan adik sekarang". Lalu aku menjawab "Maaf ya cik, sebenarnya saya tiada adik. Cik ni siapa?". Wanita itu diam sejenak.

      Lalu wanita itu berkata "Maafkan saya, nama awak Mohd Hardi ke?". Aku menjawab " Bukan. Saya rasa cik dah tersalah nombor". "Oh, ye kew. Maaf ye" 'tup'.tiba-tiba panggilan itu diputuskan. Jam ditanganku menunjukkan waktu 7.45pagi. Aku terus bersiap untuk pergi ke kelas pada pukul 8 .30 pagi. Seharian aku belajar, tetapi hatiku terganggu dengan suara wanita tersebut. Bermacam-macam imaginasi yang terlintas dalam benakku. Tambahan pula, kawan-kawan ku memberitahu aku tentang kejadian langgar lari tidak jauh dari tempat aku menuntut. sama mangsa sama seperti yang diberitahu oleh perempuan tersebut

      Setelah kelas tamat pada jam 4 petang. Aku menelifon wanita tadi. "Hello, adik kamu accident di Jalan Kilang - Air putih ke?" kataku. "Ya, kenapa", jawabnya. "Bagaimana keadaan dia sekarang?. Boleh saya melawatnya?". "Datanglah. Tingkat 4, wad lelaki, katil 15", katanya ringkas. Aku terus menyalin pakaian. Mengenakan jeans dan t-shirt. Lalu pergi ke hospital menunggang motosikal kesayangan ku.

Hospital

      Ketika aku melangkah menuju ke tempat yang diberitahu, aku melihat berpusu-pusu orang masuk ke wad-wad di hospital ini lalu hatiku berkata "Mungkin masa melawat baru bermula". Aku melihat senarai nama di hadapan pintu wad lelaki dan tertera nama Maniam a/k Muthusamy. Hati ku berkata mungkin pihak hospital tidak sempat menukarnya. Semasa melangkah ke katil 15 aku dapat lihat dari jauh seorang wanita tua  yang memakai baju kurung hijau bersama seorang anak perempuannya yang membelakangkanku. "Assalamualaikum", sapaku kepada mereka. "Wa'alaikumusalam. Anak ni siapa", jawab makcik itu dengan muka terkejut.  "Saya Aiman, tadi anak makcik tersalah hantar mesej. Selepas diberitahu tentang kemalangan ini teringin saya melihat secara dekat anak makcik yang accident tadi."kataku sambil menjeling ke arah anak perempuannya.


       Aku melihat di papan putih tertulis nama Mohd Hafiz dan umurnya baru 14 tahun. Belum sempat aku bertanya tetiba anak perempuan nya meminta diri untuk pergi bersolat. Selepas anak perempuannya pergi, aku bertanya "Anak makcik nie accident dengan ape? naik ape?"."Dia dalam perjalanan menuju kesekolah menaiki basikal, tiba-tiba dia dilanggar oleh sebuah kenderaan dari arah belakang" katanya. Setelah lama berborak, aku meminta izin untuk pulang. 

Hasliza

       Semasa perjalanan turun aku terserempak dengan anak perempuan makcik itu. Lalu aku menyapanya "Dah siap solat". Dia memberhentikan langkah. Pabila dia memandang tepat ke arah ku, aku terkejut. Cantik. Itulah ungkapan pertama aku memandangnya. Seraya dia berkata "Aiman kan. Baru siap. Dah nak balik k?"."Em. Ape nama awak?" aku bertanya. "Saya Hasliza", jawabnya ringkas. "Tadi tu nombor awak ke?" aku bertanya lagi. "A'ah. Saya kena naik ni, emak dh nk blik", Dia memberitahu. "Boleh saya mesej atau menelifon awak?" aku bertanya. Lalu dia senyum sambil berlalu pergi. Petang itu ketika aku bermain bola tampar bersama kawan-kawanku mata ku asyik terlintas wajahnya. Manakan tidaknya. Mukanya putih berseri-seri, bibirnya merah bak delima.lesung pipit di pipinya memberitahu segalanya.

       Malam itu aku mula bermesej dengannya. Segala-galanya aku tanya. Rupanya bapanya baru meninggal beberapa tahun yang lalu. Abangnya pula bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Hasliza berumur 18 tahun dan menolong ibunya meniaga nasi lemak di hadapan Pejabat Pos. Ketika berborak, aku meminta kebenaran untuk memanggilnya Liza dan dia memanggilku Man. Malam itu aku tak tersedar pukul berapa aku tido. Keesokannya aku ponteng kelas. 

P/S: ok lah....smpai sini dlu....sambungan dia nanti akan aku tulis bila ade masa free ea....hikhikhikhikhik

maksud dalam solat

salah satu cara untuk bertambah *khusyuk dalam solat* ialah mengetahui dan
memahami bacaan dalam solat tu sendiri..
~ Masa berenti tuk solat kat surau restoran jejantas Ayer Keroh baru2 ni
terjumpa hebahan makna2 bacaan dalam sembahyang yang diprint dan diedarkan..
(banyak pahala org yg rajin bikin cam ni).. Would like to share 'em here: 
*1) DOA IFTITAH*
- Segala kebesaran dan segala pujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya
- Maha Suci Allah setiap pagi dan petang
- Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan
keadaan tunduk, berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang
musyrik
- Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah
Tuhan semesta alam
- Tiada sekutu bagiNya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah
termasuk golongan Muslimin 
*2) SURAH AL-FATIHAH*
- Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
- Segala puji hanya untuk Allah, Penguasa alam semesta
- Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
- Yang Menguasai hari akhirat
- Hanya kepada Engkau sahajalah kami menyembah dan hanya kepada Engkau
sahajalah kami meminta segala pertolongan
- Tunjukkanlah kami jalan yang benar
- Jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang
yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat
* Perkenankanlah 
*3) KETIKA RUKUK*
- Maha suci Tuhan yang Maha Mulia 
*4) KETIKA I'TIDAL*
- Sesungguhnya Allah Maha Mendengar orang yang memujiNya
- Wahai Tuhan kami, sesungguhnya untuk Engkau segala pujian 
*5) KETIKA SUJUD*
- Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi
**
*6) KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD*
- Ya Tuhanku, Ampunilah aku, Kasihanilah aku, Tutuplah aibku, Tinggikanlah
darjatku, Berilah rezeki untukku, Tunjukilah aku (berilah aku petunjuk),
Sejahterakanlah aku, dan Maafkan aku 
*7) TASYAHHUD AWAL/AKHIR*
- Segala kehormatan segala keberkatan, segala doa segala kebaikan itu
kepunyaan Allah
- Sejahteralah engkau wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatannya
- Sejahteralah pula kami dan hamba Allah yang baik-baik
- Aku mengaku Muhammad itu pesuruh Allah
- Ya Allah, sejahterailah atas Muhammad (*AWAL*) dan seluruh keluarga
Muhammad
- Sebagaimana Engkau sejahterakan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim
- Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad
- Seperti Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim
- Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi (*AKHIR*) 
KESILAPAN DALAM MENDIDIK ANAK***“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah
menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah
At-Taghabun, 64:15) 
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian
ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan
dipertanggungjawabkan.
Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya
tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. 
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang
yang mandul?” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang
tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu
ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi
kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith ) 
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 
1. Kurang berdoa.
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan
semasa mengandung ialah:
• Saidul (penghulu) Istighfar,
• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),
• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan
semasa anak membesar ialah:
• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2
:128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 
2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau
motivasi) seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah
• Menakutkan dengan tempat gelap
• Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan
anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan
mereka. 
4. Menegur anak secara negatif.
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama
semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang
lain. 
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani
(spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan
pendidikan minda dari pendidikan rohani. 
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah
kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. 
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium
Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy
sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku
mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun
dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang
tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan
Muslim) 
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak
menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak
bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi
di hadapan anak-anak. 
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak
terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama,
solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab
salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang
diberi. 
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para
ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak
juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa
tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita,
baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini
akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV
ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan
rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti
pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak
ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan
anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

kredit: ustazmelaka.net

SOLAT HAJAT

BAGAIMANA CARA YANG MUDAH UNTUK MELAKU KAN SOLAT HAJAT? 
Waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat ini boleh siang atau malam,pagi atau
petang 
Lafaz niat : 
Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar 
Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihahdan Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al -Ikhlas 
Pada rakaat yang terakhir sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir
, sujud kembali dengan bertakbir. Dan membaca: 
c) Tasbih ini Baca 10 kali 
"Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa Dia tiada sekutu baginya. Kepunyaan
nyalah segala kerajaan / kekuasaan dan bagi nyalah segala pujian. Dan dia
atas segala sesuatu Maha Berkuasa" 
d) Kemudian baca: 
" Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan
daripada Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama
engkau yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat
engkau yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku " 
Setelah membaca doa tersebut mintakan apa-apa hajat dengan
bersungguh-sungguh,dengan penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup di
sebut dalam hati. Kemudian bangkit dari Sujud sambil bertakbir dan terus
memberi salam. 
Solat sunat hajat 2 rakaat dengan cara mudah: 
1) Niat-seperti yang ummi cakapkan tu. 
2) Rakaat pertama baca Al-fatihah kemudian surah Al-Kafirun 1kali 
3) Rakaat kedua Al-fatihah kemudian Surah Al -Ikhlas 1kali 
4) Sujud yang terakhir boleh la niatkan apa-apa yang dihajati , tapi sebut
dalam hati sahaja. 
5) Bagi salam 
6) Doa 
Begitulah antara cara solat sunat hajat dengan mudah dan senang.Jika nak
buat lebih lagi pon tidak mengapa. 

nasihat kepada bakal pengantin

Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul
semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta,
tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah
tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih
melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara
kotoran pakaian dan sabun pencuci. 
Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali
yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di
naikki semut dan serangga. 
Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di
cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada
ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan
masih belum berlipat. 
Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing
serta berak merata rata. 
Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang
mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang
aku nak masak malam ini? 
Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan
masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil
memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran
lagaknya. 
Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan,
beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi
suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur
membiarkan kain baju basah di jemuran. 
Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum
subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi. 
Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana
isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam. 
Ok, cukup sampai situ. 
Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas,
bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak
bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking
korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang? 
Kenapa? 
Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri
pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu,
semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati
ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan
di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best
duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan
sanggup melihat korang menderita... isk... 
Sebanarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga
jenis isteri, 
Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi
dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi,
tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu
golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di
selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan
neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak. 
Kenapa jadi macam tu? 
Begini ceritanya, 
Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada
ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah
tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh
yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani
dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi. 
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak
sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa
ke neraka. 
Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau
suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat? 
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai
bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat
dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk
membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat
membetulkan kesilapan mereka.., faham? 
Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak
tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka
walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! 
Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada
mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka. 
Ok, bab ibu dan anak semua dah faham. 
Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka! 
Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada
suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di
bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri
yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka
tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi.., 
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami
sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa
ke neraka.., 
Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan
lain, apa kita perlu buat? 
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai
bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan
kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak
sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping
itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan
mereka.., 
Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai
isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan
mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang
mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana
hak isteri adalah khidmat pada suami, faham? 
Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan
korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka.. 
Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka
semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki
surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata? 
Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah
kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun
boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada
anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah?
Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka
dari lidahnya di gunting dengan api neraka! 
Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah
masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking
tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak
kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang
mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh.. 
Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan
dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami
sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak
ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut,
menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu
serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah
berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka.., 
Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang
berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak
tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak
dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki
jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari
hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak
maaf dan bertanya, apa dosa saya bang? 
Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami! 
Dah pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak
komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju
cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu
baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak
dan basuh baju? 
Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak
dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki
bola dan sebagainya.. 
Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga
keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak
baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah
tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami
korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.., serius! 
Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat
rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat
kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi
karaoke di kelab dandut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah,
boleh pulak korang membebel macam syaitan! 
Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak
kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat
berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng..,
urut belakang suami , dan sesekali gunakan cakar harimau, apa salahnya?, 
Korang tahu tak? Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di
rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak
sorang diri di tepi kolam memancing.. , biar mereka lepak kat rumah tak buat
kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumatangga bahagia, tau
takpe! 
Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana
mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah? 
Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting
dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini.. 
Begini ceritanya... 
Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam member khidmat pada suami dan
anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta
bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air
sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata... 
Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu member khidmat dengan sangkaan
bahawa suami berhajat padanya.. 
Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa
dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya! 
Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan
dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam
member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke
hampeh? 
Kenapa jadi macam tu? 
Begini ceritanya... 
Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat
padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan,
mulalah melenting?, apa abang ingat saya ni orang gaji ke? Abang ingat saya
tak letih kerja kat pejabat? Abang ingat abang tu anak Raja? Ops, mungkin
korang tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan
perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati..., dan hasilnya,
korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami
asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk! 
Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam! 
Jadi nak buat macam mana? 
Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang
berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang
perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada
suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang
memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan
dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama
sekali masuk shurga, yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di
hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak
memuaskan! 
Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul
perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada
suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha
adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana
korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah
yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan
darjat korang di Akhirat! subhaAllah! 
Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan
khidmat, Antaranya, 
Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya
melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad. 
Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena
karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba sahaya. 
Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan
Allah pandang mereka dengan penuh rahmat. 
Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat
pahala seperti menyapu lantai Baitullah. 
Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7
ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak. 
Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala
seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal
waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT
mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka.. 
Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka,
jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan
masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla
bla bla bla.. (panjang nak cerita) 
Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah: 
Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang
berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu
mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan
berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa
suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami
dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di
Akhirat! subhaAllah! 
Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?,
berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja,
Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga.. 
Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju
kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna
tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur
hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup
sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan
di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana
isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam..., rumah tiada
Astro, DVD, atau kalkulator.., 
Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita
yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah,
air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic,
dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air
cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada
internet dan boleh baca blog keretamayat hari hati.. 
Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada
suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita
di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi? 
Bersyukurlah! 
Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
semua pintu- 
pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari
mana-mana 
pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab... 
Nikmat mana lagi yang korang dustakan? 
Sekian... 
Ps: Taatlah suami korang sehingga mereka jadi mayat atau korang jadi mayat,
dan tahukah korang bilakah kita akan jadi mayat? Mungkin esok.., maka
taatlah suami sampai esok... 

Dlm FB pun ade....hahahahha