Total Pageviews

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

panduan menangani panas ketika hamil........

Salam semua..

Harini saya ingin kongsikanan satu topik khas untuk ibu-ibu yang sedang sarat mengandung. Seperti yang sedia maklum kebanyakan keluhan yang sering didengar oleh ibu-ibu yang hamil adalah kepanasan dalam tubuh badan mereka. Tahukah kawan-kawan keadaan sebegini akan menyebabkan mereka tidak selesa untuk tidur, tidak seronok melakukan aktiviti santai dan sebagainya. Malah bukan itu sahaja ia juga turut mempengaruhi emosi si ibu tersebut huhu…

Berikut diberikan beberapa panduan untuk menangani panas ketika kehamilan.

1) Anda digalakkan minum minuman air suam dengan sekerap yang mungkin bagi menggantikan peluh yang telah keluar dari badan anda akibat dari kekerapan membuang air kecil saat-saat kehamilan mula berlaku.

2) Disarankan agar mengambil makanan yang mengandungi cairan seperti bubur, just buah-buahan yogurt dan sebagainya.

3) Memakai pakaian yang selesa tidak terlalu ketat atau longgar. Sebaiknya memakai pakaian yang dihasilkan daripada kapas agar ia mudah menyerap peluh di tubuh anda.

 
4) Disarankan agar memakai tapak kasut yang rata, sisi ruang atas dan hadapannya terbuka. Ini memudahkan kulit kaki anda bernafas dengan baik disamping dapat menampung kaki anda yang mula membengkak.
 
5) Basahkan wajah anda dengan tuala basah bagi menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas.
 
6) Pada waktu siang mandi dengan sekerap yang mungkin. Manakala pada waktu belah petang atau malam pula Suri sarankan agar anda mandi dengan air panas suam-suam kuku kerana ia berupaya untuk anda tidur dengan lebih nyenyak.
 
Moga sedikit pengetahuan ini berupaya membantu menyelesaikan masalah anda semua 


kredit to bdsmkl@googlegroups.com

Monday, January 24, 2011

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan
seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut
menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana
Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;
"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI
APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK
BERMINAT ATAUTIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH
INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sunday, January 23, 2011

DOA


*Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya jauh* 
*lebih besar daripada nikmat yang kita minta. Ketika kita* 
*meminta rezeki, Allah berikan dengan limpahan rezeki. Dan* 
* bila kita mohon kebaikan Allah berikan lebih banyak dari * 
*yang dipinta. Cuma kerana kita tidak menyedari dan * 
*menutup mata hati yang menyebabkan tidak menyedari* 
*betapa besar kurniaanNya.* 
* 
Doa-doa yang diminta mempunyai tiga tingkat.* 
* * 
*Pertama- Doa meminta dunia, adalah doa yang terendah.* 
*seperti meminta kekayaan harta benda, pangkat yang* 
*tinggi, berjaya dalam bissness atau kerjaya, minta jodoh.* 
*Ianya tidak salah, bahkan dianjurkan dan dapat pahala.* 
* 
* 
*Kedua- adalah meminta pahala, yang mana kita meminta* 
*agar Allah SWT membalas semua kebaikan yang telah* 
*kita lakukan dengan balasan yang berlipat ganda. Dan* 
*meminta dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari* 
*neraka. Doa seperti ini adalah doa untuk kebaikan akhirat.* 
*Nilainya lebih tinggi dari sekadar meminta dunia.* 
* 
* 
*Ketiga- tingkat tertinggi dari doa adalah memohon rahmat* 
*dan redha Allah. Inilah cita-cita yang perlu ada pada orang* 
*Islam sebagaimana ungkapan Imam Ibnu Athaillah iaitu,* 
* "Sebaik-baik doa yang perlu dipanjatkan kepada Allah,* 
*adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu."* 
* 
* 
*Mohonlah doa dikuatkan iman, diberi ketaatan pada semua* 
*perintah dan larangan, serta istiqamah dalam pengabdian.* 
*Memohon redha Allah dan syurga juga berlindung kepada* 
*Allah dari murkaNya dan api neraka. Ketika meminta redha* 
*dari Allah, inilah yang paling bernilai kerana tiada gunanya* 
*harta, pangkat, ketampanan, kecantikan, atau apapun bila* 
*Allah tidak redha. Mohonlah agar menjadi seorang yang * 
*bersyukur, sabar, tawakal dan yang memberi kabaikan.* 
*Semuga Allah mempermudahkan jalanan hidup kita semua.* 

Bagaimana Bertawakkal Dalam Ibadah?

Bila kita sebut mengenai tawakal, pasti kita akan terbayangkan musibah dan
ujian. Begitu juga tawakal dalam urusan keduniaan seperti mencari rezeki,
menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Saya juga berfikiran sebegitu sebelum
ini sehinggalah saya membaca satu tulisan Ibn Taimiyah rahimahullah 
Dalam Majmu' al-Fataawa yang menyebut bahawa mereka yang menyangka bahawa
tawakal itu hanyalah untuk menuntut bahagian keduniaan adalah satu sangkaan
yang salah! 
Bahkan tawakal dalam urusan ibadah adalah lebih utama [Lihat : Majmu'
al-Fataawa, jilid 5, bahagian 10, hlmn. 16]. Lepas membaca tulisan beliau,
saya terfikir-fikir bagaimana nak memahamkan apa yang dimaksudkan dengan
tawakal dalam urusan ibadah. 
Alhamdulillah, dengan petunjuk dari Allah, akhirnya saya memahami maksud
statement tersebut apabila membaca apa yang ditulis oleh Ibn Rajab
rahimahullah dalam Jami' al-'Ulum wa al-Hikam mengenai tawakal. 
Apabila kita melakukan satu ketaatan kepada Allah, tidak kiralah samada
solat, puasa, zikir, membaca al-Quran, haji, umrah dan sebagainya, kita
sering mengharapkan pahala daripada Allah atas amalan kita.  Kita
bertungkus-lumus melakukan ketaatan kerana inginkan syurga. Tetapi
kadang-kadang kita terlupa untuk bertawakal kepada Allah; iaitu kita lupa
untuk menyerahkan urusan ibadah kita kepada Allah. 
Kita merasakan bahawa ibadah kita semata-mata mampu membawa kita ke syurga,
sedangkan kita tidak sedar bahawa melaksanakan ibadah itu adalah satu sebab
untuk kita masuk ke syurga dan selamat dari api neraka. Tetapi Allah jualah
penentu segalanya! 
Tetapi ini tidaklah pula bermakna kita bersahaja dalam melakukan ibadah dan
mengharapkan rahmat Allah semata-mata. Ambillah sebab (ibadah) dan
bersungguh-sungguhlah kerana ia merupakan satu kewajipan yang diperintahkah
oleh Allah. 
Disebut dalam satu hadis : 
*'Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa berusaha (supaya menjadi
seorang yang taat dan patuh) dan beramal untuk apa yang akan berlaku selepas
mati manakala orang yang malas (berusaha) pula ialah orang yang mengikut
hawa nafsunya dan berharap agar Allah akan mengampunkannya"* 
[Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Majah, al-Baihaqi, al-Tabarani dan
al-Hakim] 
Al-Tirmizi berkata hadis ini hasan. Al-Hakim : Hadis ini sahih atas syarat
al-Bukhari tetapi al-Zahabi mengatakan bahawa hadis ini bukan atas syarat
al-Bukhari, dan Abu Bakar (salah seorang perawi hadis) adalah waahiin] 
Sama juga apabila kita sakit. Kita berusaha mencari ubat untuk mengubati
sakit kita, sedangkan ubat hanya sebab. Allah jualah penyembuh setiap sakit. 
Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Hud ayat 123 yang bermaksud : 
*"Oleh itu, sembahlah Dia serta berserahlah kepadaNya."* 
Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam juga ada bersabda : ' 
*Sesungguhnya amalan seseorang itu tidak akan dapat menyelamatkannya',
mereka (para sahabat) berkata : Walaupun tuan wahai Rasulullah? Baginda
shallallahu 'alayhi wa sallam menjawab : 'Walaupun aku, kecuali mereka yang
mendapat rahmat dari Allah...'* 
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari (6098) dan Muslim 2816)]. 
Laksanakanlah ibadah dengan bersungguh-sungguh dan bertawakallah kepada
Allah sepenuh jiwa. Semoga Allah mengurniakan Syurga buat kita semua.

Saturday, January 22, 2011

maksud dalam solat

salah satu cara untuk bertambah *khusyuk dalam solat* ialah mengetahui dan
memahami bacaan dalam solat tu sendiri..
~ Masa berenti tuk solat kat surau restoran jejantas Ayer Keroh baru2 ni
terjumpa hebahan makna2 bacaan dalam sembahyang yang diprint dan diedarkan..
(banyak pahala org yg rajin bikin cam ni).. Would like to share 'em here: 
*1) DOA IFTITAH*
- Segala kebesaran dan segala pujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya
- Maha Suci Allah setiap pagi dan petang
- Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan
keadaan tunduk, berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang
musyrik
- Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah
Tuhan semesta alam
- Tiada sekutu bagiNya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah
termasuk golongan Muslimin 
*2) SURAH AL-FATIHAH*
- Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
- Segala puji hanya untuk Allah, Penguasa alam semesta
- Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
- Yang Menguasai hari akhirat
- Hanya kepada Engkau sahajalah kami menyembah dan hanya kepada Engkau
sahajalah kami meminta segala pertolongan
- Tunjukkanlah kami jalan yang benar
- Jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang
yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat
* Perkenankanlah 
*3) KETIKA RUKUK*
- Maha suci Tuhan yang Maha Mulia 
*4) KETIKA I'TIDAL*
- Sesungguhnya Allah Maha Mendengar orang yang memujiNya
- Wahai Tuhan kami, sesungguhnya untuk Engkau segala pujian 
*5) KETIKA SUJUD*
- Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi
**
*6) KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD*
- Ya Tuhanku, Ampunilah aku, Kasihanilah aku, Tutuplah aibku, Tinggikanlah
darjatku, Berilah rezeki untukku, Tunjukilah aku (berilah aku petunjuk),
Sejahterakanlah aku, dan Maafkan aku 
*7) TASYAHHUD AWAL/AKHIR*
- Segala kehormatan segala keberkatan, segala doa segala kebaikan itu
kepunyaan Allah
- Sejahteralah engkau wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatannya
- Sejahteralah pula kami dan hamba Allah yang baik-baik
- Aku mengaku Muhammad itu pesuruh Allah
- Ya Allah, sejahterailah atas Muhammad (*AWAL*) dan seluruh keluarga
Muhammad
- Sebagaimana Engkau sejahterakan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim
- Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad
- Seperti Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim
- Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi (*AKHIR*) 
KESILAPAN DALAM MENDIDIK ANAK***“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah
menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah
At-Taghabun, 64:15) 
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian
ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan
dipertanggungjawabkan.
Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya
tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. 
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang
yang mandul?” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang
tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu
ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi
kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith ) 
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 
1. Kurang berdoa.
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan
semasa mengandung ialah:
• Saidul (penghulu) Istighfar,
• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),
• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan
semasa anak membesar ialah:
• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2
:128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 
2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau
motivasi) seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah
• Menakutkan dengan tempat gelap
• Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan
anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan
mereka. 
4. Menegur anak secara negatif.
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama
semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang
lain. 
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani
(spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan
pendidikan minda dari pendidikan rohani. 
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah
kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. 
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium
Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy
sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku
mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun
dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang
tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan
Muslim) 
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak
menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak
bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi
di hadapan anak-anak. 
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak
terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama,
solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab
salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang
diberi. 
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para
ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak
juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa
tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita,
baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini
akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV
ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan
rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti
pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak
ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan
anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

kredit: ustazmelaka.net

SOLAT HAJAT

BAGAIMANA CARA YANG MUDAH UNTUK MELAKU KAN SOLAT HAJAT? 
Waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat ini boleh siang atau malam,pagi atau
petang 
Lafaz niat : 
Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar 
Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihahdan Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al -Ikhlas 
Pada rakaat yang terakhir sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir
, sujud kembali dengan bertakbir. Dan membaca: 
c) Tasbih ini Baca 10 kali 
"Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa Dia tiada sekutu baginya. Kepunyaan
nyalah segala kerajaan / kekuasaan dan bagi nyalah segala pujian. Dan dia
atas segala sesuatu Maha Berkuasa" 
d) Kemudian baca: 
" Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan
daripada Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama
engkau yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat
engkau yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku " 
Setelah membaca doa tersebut mintakan apa-apa hajat dengan
bersungguh-sungguh,dengan penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup di
sebut dalam hati. Kemudian bangkit dari Sujud sambil bertakbir dan terus
memberi salam. 
Solat sunat hajat 2 rakaat dengan cara mudah: 
1) Niat-seperti yang ummi cakapkan tu. 
2) Rakaat pertama baca Al-fatihah kemudian surah Al-Kafirun 1kali 
3) Rakaat kedua Al-fatihah kemudian Surah Al -Ikhlas 1kali 
4) Sujud yang terakhir boleh la niatkan apa-apa yang dihajati , tapi sebut
dalam hati sahaja. 
5) Bagi salam 
6) Doa 
Begitulah antara cara solat sunat hajat dengan mudah dan senang.Jika nak
buat lebih lagi pon tidak mengapa. 

Wednesday, January 19, 2011

Melihat Allah

Dari Abu Dzar r.a katanya: “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Adakah
anda melihat Allah?” Jawab baginda: “Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat
melihatnya?”
(Muslim)
Huraian:
Terkadang manusia merasa bahawa matanya dapat melihat segala-galanya dan
lupa bahawa mata itu terbatas dan amat peka untuk mengalami kerosakan.
Seperti Bani Israil yang pernah meminta syarat untuk beriman kepada Allah
dan rasul-Nya.
“Dan ingatlah , ketika kamu berkata : “Hai Musa, kami tidak akan beriman
kepada mu sebelum kami melihat Allah dengan terang , kerana itu kamu
disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya (al-Baqarah : 55) Nabi Musa
pula pernah meminta kepada Allah. “Berkatalah Musa : Wahai Tuhanku,
perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatmu”
Allah berfirman :” Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat Ku, tetapi
pandanglah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada pada tempatnya (seperti
sediakala) nescaya engkau akan dapat melihat Ku .” Tatkala Allah
(menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka), “Tajalli-Nya”
menjadikan gunung itu hancur lebur dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah
Musa sadar kembali, dia berkata :” Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku) aku
bertaubat kepada-Mu dan akulah orang yang pertama beriman pada zamanku.”
(al- A’raaf :143) Semoga kita dapat menggunakan mata kita ini untuk mengakui
Kebesaran dan Kekuasaan Pencipta.INSYALLAH...AMIN

duduk antara dua sujud



BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud *
Dalam tidak sedar. *
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini.. *
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah *
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) *
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, *
Warhamni (sayangi aku) *
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu.. *
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku) *
Setelah selesai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita *
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja.. *
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu
 *Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang
lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi) *

*wikiislam.net...wadah penyesatan umat Islam*


 tgh saje2 search wikipedia  tetibe terjumpa website
ni. ingtkan nk cte psl islam rupenye nk kutuk islam. ni kalau non-muslim
buat rujukan kat sini mmg sampai sudah la dia xdpt kebenaran... 

hati2 kawan2.....

Pinanglah Daku Kerana Dakwah

Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar. 
Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR. 
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim? 
Susahkan....? 
Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah
akad nikah. Ianya *adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu*.
maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang
perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat
sendiri. 
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian
sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali
banyak kisah-kisah akhawat yang ada. 
Lain orang, lain ragam dan ceritanya. 
Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan
antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari
awal, sehinggalah pengakhirnya. 
Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang
layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah
kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu. 
Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu
juga. 
Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini
berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun
(ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon
pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan
keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang
sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga. 
Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah
bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat
ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam
menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan
perasaan mereka. 
Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi
contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua
terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga  yang sedikit
longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum
lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti. 
*Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum
sendiri*. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum.
Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah
kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak
binaan kita. 
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda
malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama,
dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari,
bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang
akhi dan juga ukhti. 
*Melamar secara direct* 
Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya
adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email.  Saya tersenyum
terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib
ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah
tersebut bahawa; * sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut*. 
Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut. 
Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang
tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada
orang tengah mengetahuinya. 
Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat
kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu,
ada mengenali lewat program ataupun emel. 
Namun untuk memilih calon isteri itu, *bukanlah memberi ruang untuk mata
kita meliar mencari siapakah calon isteri kita*. 
Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. *Agak ironi dan
pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan
membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita*. 
Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun
pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama
nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif. 
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara
direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada
ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan. 
*Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.* 
Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin dengan
akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel
dan cantik pula. 
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri
beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan: 
*' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'* 
Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang
lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan
perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi.
Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam
tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih
utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain. 
Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu
ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu
memilih pasangan kamu kerana Dia. 
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan
nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang
tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya
seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di
bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan
dikurniakan orang yang terbaik buatmu. 
Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya
katakan pada mereka,* pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah*. 
Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan
wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah
kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita
berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam
berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang
fitnah dalam hati ini. 
Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian.
Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap
saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita. 
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan
malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi
oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik
dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya. 
Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah
meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana
dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat
tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk
meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana
kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi
ikhwah, keadaan mereka berbeza pula. 
Jika ada orang soleh meminangmu, *jangan menolak dahulu sebelum bersyura
dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu* (ini jika pinangan itu *direct
* padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai
akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita
santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan
cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya. 
Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka
tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan
Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana
itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah. 
Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan
manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang
terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya. 
Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan
seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi
mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang
tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan
peranannya, walaupun prosesnya lambat. 
Tidak semua yang melalui BM ini perfect. 
Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang
bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha
Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua
insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun
disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan. 
Ianya amat manis, subhanalllah. 
Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang. 
*Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.* 
Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan
itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan
keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya
insyaallah. 
*Jadilah moderate dalam prosesnya* 
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang
itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan
rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap
bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati
kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional. 

kredit to erotclife