Total Pageviews

Wednesday, January 19, 2011

Pinanglah Daku Kerana Dakwah

Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar. 
Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR. 
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim? 
Susahkan....? 
Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah
akad nikah. Ianya *adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu*.
maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang
perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat
sendiri. 
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian
sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali
banyak kisah-kisah akhawat yang ada. 
Lain orang, lain ragam dan ceritanya. 
Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan
antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari
awal, sehinggalah pengakhirnya. 
Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang
layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah
kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu. 
Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu
juga. 
Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini
berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun
(ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon
pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan
keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang
sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga. 
Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah
bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat
ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam
menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan
perasaan mereka. 
Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi
contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua
terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga  yang sedikit
longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum
lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti. 
*Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum
sendiri*. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum.
Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah
kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak
binaan kita. 
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda
malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama,
dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari,
bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang
akhi dan juga ukhti. 
*Melamar secara direct* 
Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya
adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email.  Saya tersenyum
terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib
ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah
tersebut bahawa; * sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut*. 
Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut. 
Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang
tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada
orang tengah mengetahuinya. 
Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat
kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu,
ada mengenali lewat program ataupun emel. 
Namun untuk memilih calon isteri itu, *bukanlah memberi ruang untuk mata
kita meliar mencari siapakah calon isteri kita*. 
Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. *Agak ironi dan
pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan
membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita*. 
Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun
pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama
nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif. 
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara
direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada
ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan. 
*Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.* 
Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin dengan
akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel
dan cantik pula. 
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri
beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan: 
*' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'* 
Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang
lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan
perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi.
Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam
tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih
utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain. 
Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu
ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu
memilih pasangan kamu kerana Dia. 
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan
nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang
tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya
seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di
bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan
dikurniakan orang yang terbaik buatmu. 
Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya
katakan pada mereka,* pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah*. 
Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan
wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah
kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita
berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam
berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang
fitnah dalam hati ini. 
Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian.
Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap
saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita. 
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan
malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi
oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik
dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya. 
Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah
meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana
dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat
tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk
meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana
kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi
ikhwah, keadaan mereka berbeza pula. 
Jika ada orang soleh meminangmu, *jangan menolak dahulu sebelum bersyura
dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu* (ini jika pinangan itu *direct
* padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai
akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita
santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan
cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya. 
Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka
tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan
Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana
itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah. 
Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan
manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang
terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya. 
Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan
seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi
mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang
tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan
peranannya, walaupun prosesnya lambat. 
Tidak semua yang melalui BM ini perfect. 
Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang
bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha
Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua
insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun
disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan. 
Ianya amat manis, subhanalllah. 
Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang. 
*Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.* 
Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan
itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan
keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya
insyaallah. 
*Jadilah moderate dalam prosesnya* 
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang
itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan
rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap
bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati
kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional. 

kredit to erotclife

No comments:

Post a Comment